• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Sunat Aidilfitri Di Selangor Selaras 8 Pagi

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan solat sunat Aidilfitri 1439 Hijrah di semua masjid dan surau di seluruh negeri diselaraskan pada 8 pagi, jika 1 Syawal ditetapkan pada esok (Jumaat).

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dalam kenyataan berkata penyelarasan waktu itu adalah atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan kekeliruan jemaah terhadap keseragaman waktu solat sunat Aidilfitri antara masjid dan surau di seluruh Selangor.

“Waktu solat sunat ditetapkan lebih awal bagi membolehkan umat Islam mempunyai masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara tanpa menjejaskan waktu solat Jumaat pada hari sama.

“JAIS juga memohon kepada semua imam masjid dan surau di Selangor agar membacakan khutbah khas Aidilfitri serta Jumaat yang diterbitkan jabatan ini melalui muat turun dalam portal rasmi e-masjid.jais.gov.my,” katanya.

Haris turut menasihati dan mengingatkan umat Islam di Selangor supaya menyambut Hari Raya secara bersederhana, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim serta menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah dan pengumuman Hari Raya Aidilfitri akan dibuat malam ini oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan Rukyah dan Hisab. – BERNAMA

Tags: selangorSolat Sunat Hari Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd