• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Tanda Kerajaan PH Sudah Terlebih Kuasa!

oleh Haris
14/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) sudah berkuasa lebih sebulan, dan pada masa cukup sebulan, Kabinet penuh belum diumumkan tetapi Majlis Penasihat Kerajaan sudah lama ditubuhkan.

Keanehan ataupun kecelaruan proses pentadbiran kerajaan ini sebenarnya sangat jelas, tetapi masih tidak mendapat kritikan atau nasihat sewajarnya mungkin kerana dianggap masih baru.

Ini mendedahkan dwi-standard atau sikap selektif PH dan penyokong-penyokongnya, dan juga ribuan tentera sibernya di alam maya.

Lima peristiwa ini ialah tanda-tanda kerajaan PH mempunyai kuasa yang berlebihan, hingga mengatasi proses dan norma yang biasa diterima.

1. Tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong

Semasa menuntut untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, semasa hendak melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, PH menunjukkan yang mereka sedia berkonfrontasi dengan Raja-Raja Melayu. Kemudian, mereka mendedahkan butiran yang didakwa perbelanjaan Agong, seolah-olah sebagai satu ugutan supaya mengikut kehendak mereka atau lebih banyak akan didedahkan.

2. Kuasa Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai personaliti yang dominan, dan ditambah dengan usianya yang jauh berbeza dengan menteri-menteri lain, beliau dijangka akan dapat mengetengahkan agendanya walaupun ada yang tidak bersetuju. Mahathir menjadi tempat bergantung ramai pemimpin lain yang merasakan tanpanya, kerajaan akan dikuasai PKR.

3. Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan

Majlis Penasihat Kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh yang merupakan orang kuat Perdana Menteri dan mewakili golongan korporat dan taikun. Dikhuatiri mereka lebih cenderung kepada hal ehwal perniagaan hingga mengabaikan tuntutan rakyat kebanyakan. Mereka juga sudah menunjukkan kuasa hingga boleh memanggil hakim-hakim senior datang mengadap dan menuntut mereka meletak jawatan.

4. Pengaruh kuat DAP

Walaupun Mahathir, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wajah PH bagi orang Melayu, kerusi Parlimen paling banyak tetap DAP. DAP sendiri mengatakan Mahathir ialah “kuda” yang mereka pergunakan. Kementerian kewangan, komunikasi, di samping peguam negara dan ketua hakim yang DAP mahukan juga sudah dan hampir jadi kenyataan.

5. Perspesi dan kuasa media sosial

Kempen PH di media sosial menimbulkan rasa benci pada UMNO dan Barisan Nasional, takut terkait dengan UMNO hingga tidak berani mempertahankan yang benar dan mewujudkan trend popular PH hingga merasakan melawan sebarang agenda PH menjadikan seorang itu kera sumbang. Suasana tidak sihat ini diteruskan dengan mainan persepsi yang tidak berkesudahan di media sosial. – Mynewshub.cc

Tags: berita palsupakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd