• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Jimat Belanja Aidilfitri FAMA

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Program jualan khas seperti Jualan Jimat Belanja Aidilfitri (JJBA) di pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diadakan selaras dengan hasrat kerajaan menangani kenaikan harga barangan keperluan di pasaran terutama menjelang musim perayaan.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata pasar tani khas yang diwujudkan sejak 8 Jun hingga esok di 724 pasar tani di seluruh negara ini diharap menjadi pilihan utama kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya.

“Program jualan khas seumpama JJBA ini telah lazim dianjurkan…ia dapat memberikan impak dan faedah kepada langkah penjimatan terhadap para pengguna yang berbelanja di pasar-pasar tani khususnya.

“Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-kuih raya yang turut dijual di pasar tani.

“Ia dapat menjadi ruang pilihan yang lebih baik berbanding dengan pasar awam, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit sedia ada kerana barangan seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran yang ditawarkan di pasar tani adalah jauh lebih segar, berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran program JJBA oleh Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah di Pasar Tani Batu 4 di sini, hari ini yang turut dihadiri Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Mohd Anis Mohd Yasin dan Pengarah FAMA negeri Muslim Manja.

“Program JJBA adalah program ‘Sentuhan FAMA Di Hati Rakyat’ yang menawarkan harga 27 jenis barangan keperluan makanan terpilih seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit pada kadar lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Selain itu, ia menyediakan keperluan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan yang tinggi pada musim perayaan.

“Program ini diyakini memberi manfaat besar kepada masyarakat di seluruh negara dan pastinya memberi kesan langsung dalam membantu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat. Ia juga diharap menjadi pesaing dan akan mempengaruhi perletakan harga runcit di pasaran semasa pada kadar harga yang lebih berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Muslim berkata program JJBA dilaksanakan di tujuh pasar tani di negeri ini iaitu pasar tani Rembau; Paroi Jaya (Seremban); Batu Kikir (Jempol); Palong 4, 5 dan 6 (Gemas); Ampangan (Seremban); Batu 4, Port Dickson dan Tampin. – BERNAMA

Tags: FAMAHarga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd