• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Tuduhan Melulu Isu Sabotaj Ekonomi Negara

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang tohmahan dan tuduhan melulu berhubung dakwaan ada pihak yang sengaja mensabotaj ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu mengelak membuat pelbagai andaian sebelum sesuatu kes itu terbukti benar kerana ia melibatkan soal kepentingan negara.

Katanya, tindakan itu tidak betul memandangkan tohmahan dan tuduhan yang dibuat secara melulu dengan tujuan tertentu tidak akan membawa sebarang makna.

“Jika perlu pihak yang terlibat boleh siasat, tetapi elok kita elak buat andaian sebelum ia terbukti. Jangan terperangkap dalam hal yang tidak betul kerana ini soal besar. Siapa dia, apa faktanya, apa motifnya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 59 mangsa banjir di Kampung Aur Gading, di sini hari ini.

Namun dalam masa yang sama, Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak pernah memandang ringan perkara tersebut.

Muhyiddin menjelaskan, isu sabotaj ekonomi negara perlu mendapat penjelasan yang terperinci dan tepat daripada pihak berkuasa terbabit dan pakar ekonomi.

Katanya, pelbagai faktor luar kawalan turut perlu dilihat seperti masalah ekonomi global yang menjejaskan ekonomi negara termasuk penurunan harga minyak dan pendapatan nasional.

“Kita menyedari ini faktor di luar kawalan kita, termasuk apa yang berlaku di peringkat global.

“Jadi kita kena susun balik belanjawan kita, tetapi jika ada faktor-faktor pihak luar yang cuba gugat keadaan ekonomi kita, kita kena tahu siapa dia,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mencadangkan satu siasatan dan kajian teliti dijalankan untuk memastikan sama ada ia benar-benar berlaku. – BERNAMA

Tags: Ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd