• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lupakan Kisah Silam, Sufian Harap Tiada Soal Jodoh

oleh
14/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKARA yang lepas seeloknya tidak perlu dikenang dan hanya perlu diambil sebagai iktibar bagi memperbaiki diri pada masa akan datang sahaja.

Bagi penyanyi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi akui bahawa dia pernah mengalami fasa kekecewaan apabila rumah tangga yang diimpikan bersama pelakon Elfira Loy terpaksa dilupakan.

Ini apabila mereka berdua sendiri telah bersetuju mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan sekitar Februari lalu.

Dengan terjadinya kisah hitam itu, Sufian berharap agar tiada sesiapa yang akan bertanyakan lagi soal pertunangan itu ketika sambutan Aidilfitri nanti.

Namun penyanyi berusia 26 tahun itu berasa bersyukur kerana kaum keluarga dan saudara-mara sangat memahami situasinya dalam masa yang sama turut menerima segala penjelasan diberikannya beberapa bulan lalu.

“Saya yakin mereka tidak akan bangkitkan lagi isu itu apabila berkumpul nanti. Itu yang saya harapkan daripada semua kerana saya sudah melupakan apa yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Tahun ini, Sufian dan keluarga bakal meraikan Aidilfitri secara bersederhana di kampung halaman mereka iaitu dekat Mersing, Johor.

Dengan kesempatan yang ada, tradisi berkunjung ke rumah sanak-saudara tetap diteruskan bagi mengeratkan hubungan persaudaraan.

“Tidak banyak persiapan dibuat. Baju raya ada dalam empat lima pasang, malah sebahagian pernah dipakai ketika saya menjayakan rakaman program khas raya.

“Saya juga tidak lupa menghadiahkan persalinan untuk keluarga. Jika ada berkenan di mata, saya akan beli. Seronok rasanya apabila dapat beli buah tangan sebagai kenangan buat keluarga tersayang,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, pada tahun lalu Sufian mengeluarkan single lagu raya pertamanya berjudul Kasih Lebaran tetapi lagu itu kurang dapat sambutan peminat kerana kesuntukan waktu dalam melakukan promosi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenSufian Suhaimi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd