• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Ebola Di DR Congo Masih Belum Berakhir: WHO

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINSHASA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom menggesa pemantauan lebih ketat dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo), walaupun setakat ini tiada kes terbaharu dilaporkan di negara itu.

Sehingga kini, wabak itu sudah meragut nyawa 27 mangsa di DR Congo dan ia adalah yang kesembilan berlaku di negara itu, sejak 1976.

“Berdasarkan statistik, apa yang boleh kami katakan ialah situasi sudah kembali stabil tetapi ‘perang’ masih belum tamat, jadi kita perlu terus berjaga-jaga dan memantau keadaan.

“Satu lagi kes dilaporkan di kawasan bandar boleh mencetuskan kembali wabak,” katanya selepas menamatkan lawatan tiga hari ke DR Congo.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas WHO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memulakan imunisasi terhadap pekerja barisan hadapan sejak 21 Mei lalu, menggunakan vaksin yang sebelum ini menunjukkan keberkesanan dalam sesi ujian awal.

Bagaimanapun, vaksin itu masih menunggu kelulusan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Adhanom berkata, setakat ini lebih 2,000 individu di wilayah Equateur yang dilanda Ebola sudah menerima suntikan vaksin. – AFP/BH ONLINE

Tags: CongoEbola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir, Tanah Runtuh Ragut 141 Nyawa, Congo Berkabung 3 Hari

Banjir, Tanah Runtuh Ragut 141 Nyawa, Congo Berkabung 3 Hari

15/12/2022
0

GLOBAL | Republik Demokratik Congo berkabung selama tiga hari bemula Rabu selepas 141 orang maut dalam bencana banjir yang melanda...

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd