• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM400 Kepada Guru KAFA, Imam, Bilal Dan Siak

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal dan siak di seluruh negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata sumbangan berkenaan telah diluluskan hari ini.

“Atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya hari ini telah meluluskan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada guru KAFA, imam, bilal dan tok siak. Kita bagi RM400 sama seperti yang diterima penjawat awam di peringkat persekutuan.

“Ini yang saya baru luluskan dan saya tandatangan hari ini. Saya akan keluarkan satu kenyataan rasmi esok,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Kubang Buaya, di sini hari ini.

Lim, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata bantuan berkenaan akan diberikan secepat mungkin.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan bantuan itu, beliau berkata pihaknya akan memberi maklumat terperinci berhubung pengumuman itu dalam kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan esok.

Sementara itu, mengulas mengenai rundingan semula projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Lim berkata kerajaan masih perlu membincangkan perkara itu sebelum meneruskan rundingan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang media di Putrajaya hari ini berkata Malaysia akan menghantar tiga menteri iaitu beliau sendiri, Lim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ke Singapura bagi membuat rundingan semula projek HSR dengan negara itu.

Pada 28 Mei lepas, Dr. Mahathir mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek HSR dan kemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Projek HSR, dirancang membabitkan jarak 335 kilometer dan meliputi empat negeri, akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Projek itu dijadual siap pada 2026. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd