• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaikan Landasan Kereta Api Di Kelantan Siap 3-6 Bulan

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Kerja pembaikan landasan kereta api di negeri ini yang rosak akibat banjir Disember lepas dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, kontraktor dijangka memulakan kerja pembaikan bulan depan dan fokus utama pembaikan ialah di lokasi antara Kuala Krai dan Bertam Baru di Gua Musang yang mengalami kerosakan paling teruk.

“Fokus utama di kawasan itu kerana penggunaan perkhidmatan kereta api yang tinggi oleh pelajar sekolah dan penduduk setempat. Ia melibatkan landasan sepanjang 62km,” katanya kepada pemberita selepas meninjau landasan kereta api yang rosak akibat banjir di Kampung Kubang Lebur di sini, hari ini.

Beliau berkata, banjir besar yang berlaku Disember lepas telah menyebabkan 79 lokasi landasan kereta api dan infrastruktur lain dari Gemas hingga Tumpat mengalami kerosakan dan pembaikan keseluruhannya dijangka mengambil masa setahun.

“Anggaran kerugian ialah sebanyak RM350 juta dan kerajaan telah menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200 juta sebagai komitmen untuk kerja membaik pulih landasan keretapi itu,” katanya.

Terdahulu, ketika bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada pelajar mangsa banjir anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di sini, Ab Aziz berkata mangsa banjir yang hilang atau rosak lesen memandu, cukai jalan atau surat hak milik kenderaan, boleh mendapatkan yang baharu secara percuma sehingga akhir bulan ini.- BERNAMA

Tags: KTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd