• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 6,000 Asnaf Dapat Manfaat Baucar Daging Raya

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Lebih 6,000 asnaf di seluruh negeri ini akan menerima manfaat daripada program baucar daging iaitu pemberian sekilogram daging secara percuma sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata program yang mula diperkenalkan pada 2015 dengan kaedah berbeza sewaktu beliau menjadi menteri besar ketika itu merupakan sebahagian inisiatif kerajaan negeri membantu meringankan beban perbelanjaan golongan yang memerlukan.

“…ada kelemahan dari segi kaedah digunakan (pada 2015) iaitu jual pada kadar harga murah berbanding pasaran. Kali ini ambil kira respons orang ramai dengan ditukar kepada pengagihan baucar. Baucar ini ditukarkan dengan daging sekilo secara percuma.

“Golongan asnaf ini dari semua (36) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah tidak kiralah DUN daripada Pakatan Harapan mahupun pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Baucar Daging Raya 2018 di Taman Arowana di Ayer Hitam, Jerlun dekat sini hari ini.

Mukhriz berkata penjual daging terlibat kemudiannya boleh menukar baucar berkenaan kepada wang tunai di pejabat daerah masing-masing.

Beliau berkata program Baucar Daging Raya 2018 akan dilancarkan secara serentak di seluruh Kedah esok dengan senarai nama asnaf terpilih mendapat baucar itu diperoleh daripada pihak pejabat daerah masing-masing. – BERNAMA

Tags: asnafdaging
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

07/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mewujudkan program iTEKAD yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd