• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Individu Guna Nama MB Perak Kutip Dana

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan individu yang menyalahgunakan nama Menteri Besar Perak, pegawai atau Pejabat Menteri Besar Perak untuk menipu dan memanipulasi mereka melalui kutipan wang atau dana.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang didatangi individu tertentu agar membuat semakan terlebih dahulu di Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pentadbiran bagi kesahihan dokumen, fail, surat atau apa-apa maklumat yang dikemukakan.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur malah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama beliau, pegawai atau Pejabat Menteri Besar serta penjawat awam.

Zambry berkata demikian dalam kenyataan hari ini yang dikeluarkan bagi mengingatkan masyarakat tentang tindakan pihak tertentu menggunakan modus operandi penipuan untuk mengaut keuntungan.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret Ipoh, tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan reman lima hari berhubung kes rasuah membabitkan pemberian beberapa projek termasuk mengorek pasir dan pembalakan di Perak.

Mereka disyaki menggunakan nama menteri besar dan exco kerajaan negeri untuk memperoleh wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek terbabit daripada kerajaan negeri untuk beberapa kontraktor serta ahli korporat. – BERNAMA

Tags: DanaZambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

27/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana...

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd