• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Tuntut Wang Belanja Persiapan Raya Sefhia

oleh
12/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU Elly Mazlein menjadi bualan gara-gara menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta berhubung perihal nafkah untuk anak hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini iaitu Putri Sara Sefhia.

Kali ini, penyanyi itu sekali lagi menjadi menjadi bahan ‘membawang’ netizen apabila meluahkan rasa kecewa terhadap Azmi kerana didakwa tidak memberikan perbelanjaan persiapan raya Sefhia.

Perkara berkenaan telah dikongsi sendiri oleh Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menerusi salah sebuah entri di Instagram miliknya pada Isnin.

Tidak terhenti di situ sahaja, malah lebih mengejutkan figura yang terkenal dengan jolokan ‘Kak Lina Pom Pom Meletop’ juga turut mentioned nama bekas suaminya itu pada entri tersebut.

“@azmi _hata, dekat nak raya ni.. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi, takkan persiapan raya pun tak nak bagi..,” tulisnya.

@azmi_hata dah buka production house .. mewah skrg . Tapi tanggungjwb pada anak pulak diabaikan . Sempit rezki klu berkira dgn darah daging sendiri . Cc : @drwanazizah . @azmi_hata @azmi_hata @azmi_hata @azmi_hata @azmi_hata . @azmi_hata dah block kakak lina .. tempe pun block kakak lina 🤣🤣🤣🤣 .. tp kakak lina x kisah sebab ada 👀 @azmi_hata sini 🤣🤣🤣🤣 . Tayimmmm raya kau sebuk nak minta gamba sama, siap kau .. kakak lina dah bagi tau awal2 ni..kakak lina dah standby gamba kite 1 femeliiii dah ni . Jumpa anak x nak .. bile raya menyebuk nak bergamba bagai kau jaga . Duit nafkah anak adalah rm1500 BUKAN rm500 . Bayaran nafkah anak adalah utk setiap bulan, bukan sesuka hati kau ikut #isthikarahcinta yg kau amalkan dari dulu.. . Dendam dgn mama , anak x berdosa jd mangsa . Dendam peti ais rosak kamu.. Dendam apanye lg .. Engko tu dah kawin & ada anak lagi .. apa yg x puas hati lg .. apa yg engko nak semua dah dpt ..ke, Nak pujuk kakak lina, lepas tu kakak lina x layan ..tu yg buat engko marah sgt nihhh??? X hingin aku nak balik dgn engkooo #MuntahHijoo

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on Jun 10, 2018 at 9:06pm PDT

Tambah Elly lagi, suami kepada pelakon drama Istikharah Cinta, Faye Kusairi itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri namun kononnya masih mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka.

Pada masa sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Usah Ditambah Bara Tersimpan itu juga mengingatkan Azmi supaya jangan bersikap kedekut dengan darah daging sendiri.

“@azmi_hata dah buka production house, mewah sekarang. Tapi tanggungjawab pada anak pulak diabaikan. Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” ujar Elly.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 November 2014 namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi wanita itu sedang sarat mengandung empat bulan.

Kemudian, Azmi berkahwin pula dengan Faye pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Alif Azmi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: azmi hattaELLY MAZLEIN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Demi Keluarga, Elly Bercuti Daripada Lakonan

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya seni dan perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd