• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Peniaga Gagal Turun Tanda Harga GST Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Perak mengambil tindakan terhadap dua peniaga di Ipoh kerana didapati gagal menurunkan tanda harga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata peniaga terbabit telah diberikan notis untuk menurunkan harga di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat harga barangan yang dijual termasuk siasatan ke atas stok barangan daripada dua peniaga berkenaan.

“Kegagalan peniaga menurunkan harga barangan selepas GST enam peratus kepada sifar peratus pada 1 Jun boleh dikenakan kompaun RM50,000 dan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

“Syarikat pula boleh dikompaun sehingga RM250,000 dan denda oleh mahkamah sehingga RM500,000,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2018 di pasar besar Kuala Kangsar di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Abdul Munir Ishak.

Shamsul Nizam berkata sejak 1 Jun lepas, pihaknya telah memeriksa 1,870 premis membabitkan lebih 21,000 jenis barangan yang berdaftar dengan GST.

Beliau berkata majoriti peniaga telah menukar tanda harga barangan masing-masing kepada sifar peratus.

Mengenai pelaksanaan SKHMP bagi 19 jenis barangan sejak 8 Jun hingga semalam, pihaknya telah memeriksa 839 premis perniagaan di negeri ini.

“Seorang peniaga di Parit Buntar dikenakan kompaun RM100 kerana tidak meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan perniagaannya,” katanya.

Shamsul Nizam berkata kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh dikompaun RM5,000 dan denda di mahkamah sehingga RM10,000 bagi individu manakala syarikat pula boleh dikompaun RM10,000 dan denda di mahkamah sehingga RM20,000. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd