• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Nafi Wujud Kem Perpecahan Dalam PKR

oleh Haris
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PKR terpaksa menafikan ada perselisihan faham antara Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali sehingga terdapat kem perpecahan dalam parti itu.

Menurut Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin, perkara itu hanyalah spekulasi khabar angin daripada segelintir pihak dan mengakui tiada sebarang kem perpecahan dalam PKR.

Tegasnya, adalah sesuatu yang mustahil untuk beliau dan Azmin sendiri menentang Anwar yang merupakan ketua parti mereka itu.

“Tidak ada kemlah, mana ada kem. Wow, saya lawan saya punya Ketua Umum? Itu hanya persepsi orang ramai.

“Kebetulan portfolio yang diberikan kepada Mohamed Azmin iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk beliau mengkaji, melihat dan sebagainya.

“Mungkin selepas itu peringkat-peringkat lain akan berlaku juga untuk dikaji dan dilihat apa yang harus dilakukan kepada agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya dipetik sebuah akhbar tempatan.

Zuraida berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan pelancaran Operasi Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), semalam.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan adalah Ketua Pengarah JBPM yang baharu, Mohammad Hamdan Wahid.

Hujung minggu lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sengaja memberikan kuasa yang lebih kepada Azmin bagi mengapi-apikan persaingan dalam PKR.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa ia merupakan satu langkah untuk membenarkan Azmin mengukuhkan kedudukan politiknya berbanding Anwar yang kini tidak memegang sebaran portfolio dalam Kabinet kerajaan.

Dalam pada itu, Zuraida yang kini memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa kesemua pegawai dan anggota pihak berkuasa tempatan untuk menjaga emosi dan bersabar sewaktu melakukan pemantauan.

Nasihat tersebut diberikan kepada anggota-anggota tersebut susulan tularnya video berdurasi 48 saat yang memaparkan pergaduhan antara anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan peniaga di Jalan Taiping, Klang baru-baru ini.

“Saya telah hubungi Yang Dipertua MPK, Datuk Yasid Bidin dan beliau telah menjelaskan mengenai insiden yang berlaku di mana sehari sebelum kejadian, penguatkuasa ada memberi amaran, namun keesokannya iaitu Jumaat lalu, keadaan peniaga masih sama.

“Sebab itu saya menasihatkan pegawai kerajaan tak kira di mana sahaja perlu ada kesabaran, tak perlu ada emosi sehingga pukul orang,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: PKRZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd