• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Diingatkan Jangan Hilang Punca

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli-ahli parti agar tidak hilang punca serta tidak hilang pedoman dalam perjuangan kerana perjalanan masih jauh ke depan dan semua pihak mesti yakin pada perjuangan.

Menurut beliau ahli parti perlu ada ‘substance’ dan mesti ada roh serta kekuatan untuk bangkit dan yakinlah pada perjuangan parti dan apa yang penting semua pihak perlu bergerak dalam satu saf barisan dan kekal bersatu padu serta tidak bercerai berai.

“Kita mesti menjadi orang parti yang ada ‘substance’. Mesti ada roh…mesti ada kekuatan. Tidak mengapalah kita terima telah ditolak oleh rakyat.

“Atas apa juga sebab nak kaji kajilah…tetapi jangan hilang punca dan jangan hilang pedoman. Perjalanan masih jauh ke depan dan kita mesti yakin pada perjuangan,” katanya.

Justeru jelas beliau seluruh ahli jangan berasa rendah diri tidak bertempat dan janganlah hilang keyakinan.

“…dan kita tetap parti yang terbesar dan kita masih ada ikhtiar masa depan hanya Allah swt yang tahu. Sebab itu harap kawan-kawan semua agar semangat terus membara dan ikhtiar masih luas di depan.

“Kemungkinan ada seribu satu kemungkinan di depan kita dan kita sempurnakanlah dulu urusan menyusun saf dalaman dan saf kepimpinan parti. Kita kekal bersatu padu dan jangan kita bercerai, jangan kita berpecah belah dan kita bergerak dalam satu saf dengan satu tekad serta kita junjung satu perlembagaan dan satu wadah perjuangan dan insya Allah UMNO akan tetap berada di persada puncak perjuangan untuk agama bangsa dan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Memperkasa Perjuangan Bangsa, bersama UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan, di sini.

Tan Sri Annuar Musa seterusnya berkata dalam usaha untuk memperbaiki parti ianya tidak harus dilaksanakan secara emosi.

“Membaca di posting-posting media sosial dan sebagainya lagi saya melihat bagaimana masing-masing mencurahkan perasaan, kekecewaan bagaimana mereka membuat penilaian terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini dan sebagainya lagi.

“Kadangkala menimbulkan sedikit kebimbangan kepada saya takut-takut dalam keadaan emosi kita yang membuak-buak itu dengan harapan untuk memperbaiki tetapi ianya membawa kerosakan yang lebih, luka yang lebih parah kepada parti kita yang sedang kita cuba nak uruskan pada masa ini.

“Orang kata seberat-berat mata memandang berat lagi bahu memikul terutama bagi pemimpin yang berada di atas termasuklah mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita berazam dan kita hanya berusaha sebaik mungkin. Tetapi bila kita kalah janganlah kondem diri sendiri lebih daripada yang sepatutnya. Jangan kita lemahkan diri sendiri dan jangan tambahkan garam pada luka yang sedia ada,” katanya.

Tambah beliau lagi apa sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO adalah parti menguruskan masalah dalaman dengan cara tersendiri dan tidak buat seolah-olah hilang punca dan hilang pedoman.

“Kita ini parti besar…bangsa yang besar. Jangan jadi seperti dedaun di atas air yang hanya mengikut arus air. Air pasang kita naik dan air surut kita turun. Jangan kita jadi umpama buih nampak umpama besar tetapi tidak ada apa-apa di dalamnya,” ujarnya. – MediaUMNO

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd