• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan Makin Dicurigai

oleh Haris
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS Penasihat Kerajaan (atau sebenarnya penasihat Perdana Menteri?) semakin dicurigai peranan dan kuasa mereka dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Majlis seakan-akan ‘kitchen cabinet’ ini telah mula menunjukkan peranan sebagai menteri sejak mula-mula dilantik sejurus selepas kerajaan dibentuk.

Semua anggotanya mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Mereka juga mempunyai pengaruh dan kekayaan yang besar, yang perlu dibimbangi kesannya pada kerajaan.

Banyak pihak sudah mula meragui keperluan penubuhan majlis ini sejak awal lagi, tetapi pertimbangan mengenai usaha membantu kerajaan baharu mungkin menyebabkan mereka sedia menerimanya.

Ramai merasa tidak senang dengan pilihan Mahathir itu, tetapi mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan tidak mahu melawan arus menentang penubuhan majlis itu.

Selepas sebulan PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya, majlis ini semakin dicurigai.

Hari ini, bekas hakim Gopal Sri Ram membuat kenyataan menyelar Daim kerana didakwa mengarahkan Ketua Hakim Negara, Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Zulkefli Ahmad menemuinya dan menuntut mereka melepaskan jawatan.

Daim yang tidak mempunyai sebarang kuasa dalam bidang ini dikecam kerana cuba campurtangan dalam hal ehwal kehakiman.

Kenyataan Sri Ram ini kemudian disokong oleh Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ramkarpal menyokong pendirian Sri Ram itu sekiranya benar, dan mengecam Daim yang melakukan tindakan di luar bidangnya itu.

Kenyataan Sri Ram dan Ramkarpal ini menarik perhatian kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang telah menunjukkan pengaruhnya pada masa Kabinet belum dilantik posisi-posisi penting.

Majlis ini telah mendapat liputan meluas dari media dan sering bercakap mewakili kerajaan dalam hal dasar, di samping mengadakan sesi-sesi pertemuan dengan wakil masyarakat termasuk penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. – Mynewshub.cc

Tags: Majlis Penasihat KerajaanRamkarpalTun Daim Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

03/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, memerintahkan aset luar negara milik isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun...

Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

13/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini pada usia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd