• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Pasti 23 Lokasi Panas Kemalangan Di Pahang

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang mengenal pasti 23 lokasi panas kemalangan di negeri ini yang akan diberikan tumpuan khusus pada Op Selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata antara lokasi itu ialah Jalan Pintasan Kuantan, laluan Pekan-Rompin, Muadzam Shah-Segamat, Bentong-Raub, Raub-Kuala Lipis, Kuala Lipis-Merapoh.

“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua polis trafik daerah untuk membuat rondaan lebih kerap di kawasan tersebut bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

“Seramai 46 pegawai dan 256 anggota polis trafik bertugas sepanjang pelaksanaan Op Selamat bermula Jumaat lalu (8 Jun) hingga 22 Jun depan yang dibantu kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Kamarulzaman berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Operasi Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Kuantan Sentral di sini malam tadi yang turut melibatkan JPJ dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Selain itu, Kamarulzaman memaklumkan polis juga melaksanakan Op Lancar di laluan yang dijangka mengalami kesesakan dengan tumpuan di Bentong, Raub serta Kuala Lipis ekoran pertambahan kenderaan ke Kelantan.

“Op Lancar diadakan pada 13 dan 14, 17 serta 23 dan 24 Jun kerana pengguna jalan raya dijangka bertambah pada tarikh itu, khususnya dua hari sebelum hari raya ekoran pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus manakala 23 dan 24 Jun merupakan minggu terakhir cuti sekolah,” katanya.

Kamarulzaman menambah sebanyak tiga pasukan tindakan kecemasan diwujudkan di Bentong, Temerloh dan Gambang bagi membolehkan bantuan segera diberikan jika berlaku kemalangan atau kesesakan.

Beliau juga berharap semua pengguna jalan raya akan mematuhi peraturan dan merancang perjalanan mengikut jadual cadangan perjalanan oleh syarikat konsesi lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan.

“Kita harap pengguna juga akan mematuhi had laju yang ditetapkan, tidak memotong garisan atau memandu di lorong kecemasan selain tidak memperlahankan kenderaan di kawasan kemalangan kerana ia hanya menambah kesesakan,” katanya.

Mengulas mengenai operasi itu, Kamarulzaman berkata pemeriksaan melibatkan 38 buah bas dan daripada jumlah itu, JPJ mengeluarkan sembilan notis saman atas pelbagai kesalahan.

Kamarulzaman menambah sebuah bas tidak dibenarkan membawa penumpang kerana bunga tayar kenderaan haus manakala semua 33 pemandu bas yang menjalani ujian air kencing disahkan bebas daripada pengaruh dadah. – BERNAMA

Tags: kemalanganPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd