• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ghaz Saran Pelakon Cuba Tulis Skrip Sendiri

oleh
08/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini pengarah, Shahrul Ezad Mohamedin dan Erma Fatima memberi reaksi berhubung dakwaan pelakon, Aiman Hakim Ridza menyifatkan banyak skrip drama dihasilkan pada ketika ini tidak berkualiti.

Kali ini, seorang lagi pengarah selaku penulis skrip drama Banteras iaitu Ghaz Abu Bakar turut dilihat  memberi reaksi mengenai perkara berkenaan.

Pengarah terkenal itu dipetik Harian Metro menyarankan pelakon berbakat di negara ini supaya cuba menulis skrip sendiri untuk dijadikan naskhah drama.

Ghaz berkata, adalah satu tuduhan berat untuk seseorang pelakon mendakwa skrip sebuah drama dibintanginya adalah tidak berkualiti dan seperti ‘sampah’.

Katanya, kenyataan skrip sampah itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana sebagai penggiat seni terutama pelakon perlulah ikhlas dalam bekerja.

“Jika pada awalnya, seseorang pelakon itu tahu skrip drama akan dibintanginya umpama ‘sampah’, dia sepatutnya terus saja buat keputusan menolak tawaran drama berkenaan.

“Usahlah terima tawaran jika begitu dan tidak perlulah berlakon drama itu kerana apabila buat kerja tidak seikhlas hati maka hasilnya akan terserlah pada lakonan dipersembahkan,” katanya.

Baca: Ezad, Erma Beri Reaksi Komen Aiman Isu Skrip

Pengarah, Ghaz Abu Bakar.

Pun begitu, Ghaz tidak menafikan memang kebanyakan skrip drama dihasilkan kurang bagus tetapi tidaklah sampai pada tahap seperti sampah.

Malah katanya, sebagai pelakon boleh sahaja membuat perbincangan dengan pengarah jika mendapati skrip ditulis itu tidak sesuai.

“Lebih bagus kalau dia (pelakon) bertindak kreatif dalam menzahirkan watak dilakonkannya,” kata Ghaz.

Pelakon, Aiman Hakim Ridza.

Apapun, Ghaz beranggapan luahan pelakon yang mendakwa skrip drama dibintangi itu ‘sampah’ sebagai berkongsi perasaan tidak selesa yang mungkin sudah lama dipendam dalam hati.

“Disebabkan itu saya cadangkan supaya pelakon berbakat di negara ini belajar hasilkan skrip sendiri. Mana tahu, ilham skrip dihasilkan mereka itu lebih bagus untuk dijadikan drama.

“Tidaklah berterusan menuding jari pada penulis skrip apabila naskhah dihasilkan umpama sampah. Cuba tulis skrip dulu dan kongsikan ilham itu bersama,” ujarnya.

Juga: Aiman Hakim Ridza Tidak Gentar Jika Nama ‘Digam’

Terdahulu, Aiman pernah ‘bersuara’ berhubung teknik penulisan drama dengan beranggapan rata-rata skrip drama dihasilkan ketika ini teruk, sambil lewa dan ‘membunuh’ industri seni.

Pada masa sama, Aiman mengakui tidak takut jika namanya disenarai hitam mana-mana pihak ekoran tindakannya itu malah bersedia bersemuka dengan penulis skrip untuk berbincang mengenai isu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aiman hakim ridzaErma Fatimaghaz abu bakarShahrul Ezad Mohamedin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Bela Ayam.. Bukan Ular, Erma Fatima Luah Rasa Bimbang

27/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara terkenal, Erma Fatima, meluahkan rasa bimbang mengenai...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd