• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Alor Setar Buat Laporan Polis Terhadap Shahidan

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PKR Cabang Alor Setar hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim atas dakwaan menghina Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana mempertikaikan pelantikan menteri besar negeri itu.

Laporan dibuat Naib Ketua PKR Cabang Alor Setar, R.Kumara Guru di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini pada kira-kira 11 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, katanya laporan itu dibuat berikutan kesal dengan tindakan Shahidan yang mempertikai keputusan Raja Perlis melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.

Kemelut politik di Perlis bermula apabila sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar di Istana Arau pada 24 Mei lepas kerana membantah pelantikan Azlan memegang jawatan itu.

Bagaimanapun kemelut itu berakhir apabila sembilan ADUN BN itu akur dengan keputusan Raja Perlis dan menyatakan sokongan terhadap pelantikan Azlan sebagai menteri besar pada 5 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan KassimPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd