• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Kuman Usus Perut Punca Kematian Banduan

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kematian banduan M.Mariappan di Penjara Bentong, dekat sini pada Rabu lalu, disahkan akibat cirit-birit kerana jangkitan kuman pada usus perut atau severe acute gastroenteritis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata mendiang disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Mempaga, Bentong semasa dibawa untuk menerima rawatan pada pukul 12.40 pagi, 6 Jun lalu.

Mariappan, 24, yang berasal dari Jerantut dipenjarakan pada 18 April lalu kerana kesalahan pecah rumah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dijangka akan dibebaskan pada tahun hadapan.

“Berdasarkan laporan pihak penjara, mendiang dikatakan mengalami sakit perut dan telah menerima rawatan di klinik penjara pada 5 Jun lalu, namun mengadu masih berasa sakit.

“Pada 6 Jun lalu, mendiang mengalami sesak nafas menyebabkan dia dibawa ke Klinik kesihatan Mempaga untuk rawatan, namun meninggal dunia di situ dan mayatnya dihantar ke unit forensik Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya.

Rosli berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di Perumahan Polis Alor Akar di sini, hari ini.

Beliau juga mengesahkan seorang koperal penjara telah membuat laporan polis berhubung kematian mendiang pada pukul 2.05 pagi Rabu.

Berdasarkan laporan bedah siasat, Rosli berkata pihaknya mengklasifikasikan kematian mendiang sebagai mati mengejut.

“Laporan bedah siasat juga menyatakan tiada kesan lebam, merah atau sebagainya pada fizikal mendiang yang boleh menunjukkan berlaku kejadian dera atau jenayah terhadapnya.

“Walaubagaimanapun, polis akan melakukan siasatan terperinci walaupun kematian mendiang telah disahkan sebagai mati mengejut,” katanya.

Rosli menambah pegawainya akan melakukan tinjauan sel tahanan mendiang dan merekodkan percakapan kakitangan penjara terlibat mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: banduanmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd