• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Khaled Nordin Tanding Exco Pemuda UMNO

oleh
09/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA ayah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, anak pula bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO pada pemilihan penggal 2018-2021.

‘Bapa borek, anak rintik.’ Ungkapan yang sesuai diberikan apabila anak Pengerusi Umno Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled tawar diri bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO.

Lapor Sinar Harian, dia menawarkan diri bertanding dalam jawatan tersebut bagi membolehkan semua ahli Umno sama-sama membina kembali parti tersebut.

“Semoga tawaran ini membolehkan kita sama-sama membina kembali parti keramat ini untuk mempertahankan yang hak dan menolak yang batil.

“Biarpun perjalanan ini berliku tapi dalam kesusahan itu akan ada kemanisannya. Semoga Allah meredai dan melindungi perjuangan kita. Janganlah kita sesekali berputus asa,” katanya.

Ujarnya lagi, UMNO kini sedang menyusuri saat dalam perjalanan yang tidak pernah dilalui oleh nenek moyang terdahulu iaitu menjadi pembangkang.

Akmal Saufi menyeru ahli UMNO supaya tidak berhenti di tengah jalan sebaliknya meneruskan perjuangan dengan menginsafi kegagalan dan menyusun semula strategi untuk membangunkan semula UMNO.

“Kita akan bangkit. Dari yang muda hingga ke tua. Dari yang sihat dan juga yang uzur. Dari yang senang mahupun yang susah. Kita nyahkan pengkhianat. Kita nyahkan segala pendusta dalam parti.

“Jangan kita takut pada yang berkuasa, biarkan suara kita sendiri yang bergema. Biar segenap rakyat tahu kita tidak berputus asa,” katanya.

Dengan adanya kekuatan perjuangan yang asli dan percaturan bijaksana dengan kaum-kaum lain UMNO mampu memerintah kembali Malaysia dalam bentuk perubahan yang baru.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Beliau berharap usahanya mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada parti di saat kedudukan UMNO pada paras paling rendah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akmal SaufiExco Pemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd