• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampel Makanan Diambil Kenal Pasti Punca Keracunan

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengambil sampel makanan dari gerai-gerai makanan dan bazar Ramadan di Ayer Tawar, Sitiawan bagi mengetahui punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia semalam.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Ding Lay Ming berkata sampel berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia serta Makmal Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan dan keputusan dijangka sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu.

“Sampel makanan itu telah diambil sejak kanak-kanak berkenaan dan tiga lagi keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM), Sabtu lalu.

“Kita menjalankan siasatan kes keracunan makanan itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau 2018 di Wisma Persekutuan Taiping di sini, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia, manakala tiga lagi anggota keluarganya dirawat di HSM dipercayai akibat keracunan makanan di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar.

Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat komplikasi ketika menerima rawatan di HSM, manakala tiga anggota keluarganya kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

Kesemua mereka mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam, serta seorang mengalami sawan, bermula antara pukul 1 hingga 5 pagi pada Jumaat lepas.

Dr Ding berkata pihaknya sentiasa menasihati orang ramai supaya membeli makanan di tempat yang bersih dan selamat.

“Kita sudah mengadakan kempen dan pemeriksaan sejak awal Ramadan dan masyarakat hendaklah prihatin terhadap makanan yang mereka beli itu agar ia selamat dimakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd