• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Tanah Untuk Jahit Bendera Pasukan Pilihan

oleh AK-47
07/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Demi membuktikan sokongan terhadap pasukan Jerman yang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018, seorang petani di Bangladesh gigih jahit bendera negara itu sepanjang 5.5 kilometer.

Warga Bangladesh, Amjad Hossain, berkata, kecintaannya terhadap negara itu bermula setelah sembuh daripada masalah batu karangnya dengan menggunakan ubat homeopati yang dihasilkan di Jerman.

Hossain yang berusia 69 tahun itu mula menjahit bendera berkenaan ketika Jerman menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij itu pada 2006 juga sanggup menjual tanah miliknya untuk membeli kain yang secukupnya bagi menghasilkan bendera negara pasukan kegemarannya itu.

“Saya meminati pasukan Jerman kerana permainan mereka yang ‘cantik’,” kata Hossain.

Bendera yang telah siap itu dipertontonkan kepada umum di kampung halaman Hossain di Magura pada Selasa lalu.

Petani itu turut bercadang mempamerkan hasil kerjanya di stadium tempatan sekiranya pasukan Jerman berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan terbabit.

Hossain dianugerahkan keahlian seumur hidup kelab rasmi peminat pasukan Jerman.

Ketika Piala Dunia 2014, sewaktu bendera itu hanya 3.5 km panjang, kedutaan Jerman di Bangladesh menganugerahkannya keahlian seumur hidup kelab rasmi peminat pasukan Jerman, jersi pasukan dan sijil penghargaan. – BBC

Tags: Benderapeminat bolaPiala Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd