• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti itu di persada politik tanah air.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata UMNO tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang hanya menjaga kepentingan kaum Melayu semata-mata.

“Mungkin kita kena ikut balik semasa zaman Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang buka (keahlian) kepada semua kaum. Tidak ada lagi hak istimewa. Hak istimewa untuk orang susah.

“Kalau orang Melayu susah tolong orang Melayu, orang Cina susah tolong orang Cina dan orang India susah tolong orang India,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Pemilihan UMNO di sini, hari ini.

Adnan, bagaimanapun menegaskan dua perkara iaitu kedudukan agama Islam dan keistimewaan Raja-Raja Melayu wajib dipertahankan dan tidak boleh dikompromi.

Onn Jaafar yang merupakan pengasas dan Presiden UMNO pernah mencadangkan supaya keanggotaan parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa kira kaum kerana kecewa dengan dasar perkauman yang dikatakan menjadi teras kepada UMNO ketika itu.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang dan beliau meletak jawatan sebagai presiden UMNO semasa persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 1951.

Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak untuk mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO, Adnan berkata sesiapa sahaja layak untuk bertanding jawatan tersebut termasuk Anggota Parlimen Gua Musang itu dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang semua layak (calon presiden). Cuma sanggup atau tidak sanggup sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd