• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif Raya RM450 Kepada Peneroka Felda, Felcra

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas raya kepada ahli peneroka Felda dan Felcra, masing-masing RM450 seorang.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pemberian itu daripada peruntukan kerajaan berjumlah RM50 juta untuk Felda manakala Felcra pula RM44 juta daripada keuntungan agensi itu.

“Pembayaran insentif ini juga akan diberi kepada semua peneroka termasuk bukan ahli Felda dan Felcra,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Bagi yang bukan ahli Felda dan Felcra akan mendapat RM100.

Jelasnya bayaran insentif ini akan disemak semula pada 2019 di mana penerima bantuan sara hidup tidak lagi layak menerimanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata berkenaan dengan beberapa monopoli yang telah diberikan kerajaan terdahulu, kerajaan akan kaji semua dasar monopoli sama ada dimansuhkan atau diperluaskan atau dihadkan kepada sebilangan yang kecil.

Ketika ditanya mengenai perbadanan berkenaan yang dikaji kerajaan, beliau berkata: “Ada monopoli dalam pengimportan beras di Malaysia namun ada perolehan monopoli lain dan semua itu.

“Jadi, kita perlu melihat operasi monopoli berkenaan untuk melihat sama ada kita perlu menghapuskannya, atau mengurangkannya atau melakukan apa sahaja yang baik untuk negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bantuan Khas AidilfitriFelda
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd