• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Iran Pasukan Pertama Tiba Di Rusia

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Iran menjadi pasukan pertama tiba di Rusia untuk aksi Piala Dunia, temasya bola sepak selama sebulan yang bermula di Stadium Luzhniki pada 14 Jun ini.

Beraksi buat kali kelima dan berada di ranking ke-36 FIFA, Iran memulakan kempen Kumpulan B menentang Maghribi pada 15 Jun di Nizhny Novgorod.

Mereka kemudiannya berkunjung ke Kazan untuk menentang bekas juara Piala Dunia, Sepanyol pada 20 Jun sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Portugal pada 25 Jun.

Juara Piala Asia tiga kali itu mara mudah buat kali kedua beturut-turut ke Piala Dunia, mencatat rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan dalam kumpulan Asia.

Iran tewas 1-2 kepada Turki pada perlawanan persahabatan terakhir 28 Mei lalu dan akan berdepan aksi pemanas badan terakhir sebelum Piala Dunia berdepan Lithuania, Jumaat ini.

Dikendalikan jurulatih dari Portugal, Carlos Queiroz, yang pernah melatih pasukan kebangsaan negaranya, Iran akan berdepan laluan sukar untuk mara ke peringkat kalah mati.

“Berada di Rusia bagaikan satu impian yang menjadi kenyataan buat bola sepak Iran,” kata Queiroz.

“Kami meraihnya menerusi kerja keras dan pengorbanan dan ia membuktikan betapa bangga dan bertuahnya kami berada di sini.

“Pasukan kebangsaan Iran berpeluang bertemu dengan pasukan terbaik dan menjadi sebahagian daripada keluarga Piala Dunia yang hebat.

“Kami tiba di sini dengan impian pergi sejauh mungkin dan tidak sabar menjadikannya Piala Dunia terbaik.”

Mereka akan berpangkalan di pusat latihan kelab Liga Perdana Rusia, Lokomotiv Moscow, yang terletak di barat daya pinggir ibu negara Russia itu.

Piala Dunia yang menampilkan 32 negara terbaik, akan tamat di Moscow pada 15 Julai depan. – AFP/Reuters

Tags: IranPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd