KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak hari ini bersetuju untuk memberi bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat perkhidmatan awam negeri, termasuk mereka yang masih berkhidmat pada atau 5 Jun 2018.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia turut merangkumi pemberian kepada Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sempena dengan musim perayaan bulan ini.
“Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat pada 13 Jun 2018,” menurutnya.
Bulan ini menyaksikan dua perayaan utama diraikan di Sarawak, iaitu sambutan Hari Gawai pada 1 Jun dan sambutan Hari Raya pada pertengahan bulan ini. – BERNAMA

