• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beckham Mahu Amerika Utara Hos Piala Dunia 2026

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS kapten skuad bola sepak England, David Beckham tampil menyokong rantau Amerika Utara untuk membida tuan rumah bagi Piala Dunia 2026.

Beliau menerusi rakaman video yang dikeluarkan oleh Major League Soccer menjelaskan bahawa kejohanan yang dianjurkan bersama di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi sangat menarik.

Komen itu disiarkan lapan hari sebelum anggota Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengadakan pertemuan di Moscow, Rusia untuk memutuskan antara tawaran yang diketuai AS dan Maghribi.

Menurut bintang berusia 43 tahun itu, kejohanan bola sepak yang besar seperti Piala Dunia sepatutnya berada di tempat yang hebat dan jika AS, Kanada dan Mexico mendapatkannya, ia akan mengujakan.

Beckham, yang bermain untuk Manchester United, Real Madrid dan Paris St. Germain sepanjang kerjayanya juga menghabiskan masa enam musim dengan Los Angeles Galaxy dan kini memiliki sebahagian sahama Inter Miami.

Kelab baharu berpusat di Florida itu bakala menyertai MLS pada 2020. Miami merupakan salah satu daripada 14 bandar tuan rumah yang dicadangkan untuk Piala Dunia 2026 yang menggunakan format 48 pasukan.

Kali terakhir temasya berprestij itu dianjurkan lebih daripada sebuah negara sebagai tuan rumah ialah pada tahun 2002 yang melibatkan Korea Selatan dan Jepun. – Mail Online UK

Tags: David BeckhamPiala Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd