• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh, Bakar Bekas Isteri Sebelum Buang Abu Mayat

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONGKHLA – Seorang lelaki Thailand didakwa atas empat tuduhan bunuh dan menyembunyikan mayat bekas isterinya yang kaya, yang dipercayai dibakar sebelum abu mangsa ditaburkan di kawasan paya berhampiran Hat Yai untuk menutup perbuatan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Wirachai Songmetta berkata, Kritsada ‘Roj’ Maikhao, 49, menafikan semua tuduhan membabitkan kehilangan bekas isterinya, Pinyada Paenchan, 48.

Kritsada juga didakwa atas tuduhan menutup pembunuhan dan mencuri. Menurut Bangkok Post, Pinyada kali terakhir dilihat pada 23 Mei lalu dan sisa abu serta tulangnya ditemui di kawasan berkenaan beberapa hari lalu.

Nation Multimedia memetik Wirachai berkata, Pinyada dipercayai diserang di rumahnya dan kehilangan banyak darah. Dia kemudian dibawa dari situ menaiki kereta Mercedes-Benz C200 miliknya.

Namun tidak diketahui ketika itu sama ada dia hidup atau mati. Kritsada menyerah diri Ahad lalu selepas mahkamah daerah mengeluarkan waran penangkapannya. Tapi, lelaki itu dilaporkan enggan memberi keterangan.

Menurut jiran mereka, pasangan itu masih tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai. Krissada dan Pinyada didengar bertengkar pada malam 23 Mei lalu sebelum lelaki terbabit dilihat mencuci kereta Mercedes milik bekas isterinya pada jam 4 pagi keesokannya. – Agensi/BH ONLINE

Tags: bunuhThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd