• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Alu-Alukan Penyiasatan Secara Telus, Terbuka

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan penyiasatan secara telus dan terbuka terhadap dua projek iaitu projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Najib yakin semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan dengan rundingan dan pelaksanaan dua projek saluran paip yang dibangkitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

“Saya turut dapati Guan Eng telah menyebut kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan kepada pihak-pihak lain.

“CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China – China National Petroleum Corporation,” katanya dalam catatan Facebook dan Twitternya, malam ini.

Beliau menjelaskan kedua-dua projek saluran gas yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia itu telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan dengan kerajaan China.

Najib berkata beliau dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi projek saluran gas itu bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, tahun lepas.

Beliau juga berkongsi bahawa pada majlis yang sama, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga US$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

“Tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita,” katanya.

Najib mengingatkan agar lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan syarikat milik sebuah negara asing yang mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia.

Lim hari ini dilaporkan meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, dan Najib untuk menjelaskan mengenai perjanjian yang berat sebelah dan meragukan bernilai RM9.4 bilion ditandatangani oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).

SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei, 2016, dengan tujuan khusus untuk melaksanakan projek MPP dan TSGP. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd