• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun S. Samy Vellu Sedang Menerima Rawatan Di IJN

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) apabila dimasukkan ke hospital itu selepas muntah tengah hari tadi, menurut Setiausaha Akhbarnya, Datuk E. Sivabalan.

Beliau berkata Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.

“Tun datang ke pejabatnya di KL Sentral selepas hadiri majlis keluarga yang diadakan di rumahnya hari ini. Kemudian dia muntah semua makanan yang dimakannya sebelum itu dan saya menghantarnya ke IJN untuk melakukan ujian lanjut.

“Doktor telah melakukan semua ujian yang sepatutnya. Saya dapat beri jaminan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Keadaan beliau kini baik. Beliau hanya perlu berehat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas mesej yang tular di media sosial media bahawa Samy Vellu mengalami serangan jantung.

Sivabalan berkata keluarga Samy Vellu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya supaya cepat sembuh dan mereka yang menghubungi untuk bertanyakan keadaan kesihatan Duta Khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan Asia Selatan itu. – BERNAMA

Tags: Samy Vellu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM India Ucap Takziah Atas Pemergian Samy Vellu

PM India Ucap Takziah Atas Pemergian Samy Vellu

15/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri India Narendra Modi melahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu...

‘Samy Vellu Negarawan, Tokoh Politik Prolifik’

‘Samy Vellu Negarawan, Tokoh Politik Prolifik’

15/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia kehilangan seorang negarawan dan tokoh politik berpengalaman yang menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara dan kemajuan masyarakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd