Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Adik Perempuan Ditikam Kerana...

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila sanggup nekad menikam saudara kandungnya hanya...

Sarawak Diperuntuk RM639.7 Juta...

KUCHING - Sarawak diperuntuk sejumlah RM639.7 juta bagi melaksana 336 projek dan program...

Wanita Maut, 1 Parah...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan...

Pelajar Warga Nigeria Ke...

SHAH ALAM - Seorang pelajar warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah...

‘Samy Vellu Negarawan, Tokoh Politik Prolifik’

KUALA LUMPUR : Malaysia kehilangan seorang negarawan dan tokoh politik berpengalaman yang menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara dan kemajuan masyarakat India berikutan pemergian Tun S Samy Vellu, 86, yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sepanjang hayatnya, mendiang adalah antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, kira-kira 30 tahun bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Ketika menjadi Menteri Kerja Raya, Samy Vellu banyak berperanan dalam membangunkan rangkaian jalan raya serta pengangkutan dalam negara dan atas daya usahanya itu, beliau dianugerah ‘International Man of the Year Award’ oleh The International Road Federation (IPF) pada 1987.

Mendiang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1978.

Samy Vellu pernah menerajui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995, yang menyaksikan kejayaannya mengendalikan projek penswastaan Jabatan Telekom, Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Pos, sebelum kembali ke Kementerian Kerja Raya pada 1995 hingga 2008.

Mendiang turut berperanan besar dalam pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan dan pembinaan jambatan Pulau Pinang manakala pada 2011, Samy Vellu dilantik menjawat jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan.

Samy Vellu juga adalah antara nama penting yang menyumbang kepada idea mengenai pentingnya Malaysia memiliki satelit komunikasi sendiri, MEASAT-1 yang dilancarkan pada Januari 1996.


Selain mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal sejak Pilihan Raya Umum Keempat (PRU-4) hingga PRU-12, ahli politik veteran itu juga banyak menyumbang kepada pembangunan kaum India dan adalah Presiden MIC paling lama iaitu lebih tiga dekad.

Samy Vellu yang pernah menjadi pelakon drama Tamil ‘Natpu’ pada 1954 dan penyampai berita di RTM pada 1964, terbabit dalam politik sejak 1959 dengan menjadi anggota MIC cawangan Batu Caves dan memegang jawatan setiausaha cawangan itu.

Mendiang pernah dipilih sebagai Ketua Pemuda MIC pada 1971, Naib Presiden MIC (1975), Timbalan Presiden MIC (1977) dan akhirnya sebagai Presiden pada 1981 selepas memangku jawatan itu susulan kematian Tan Sri V Manickavasagam pada 1979.

Pada 1974, Samy Vellu buat pertama kali dipilih untuk bertanding pada PRU-4 dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput yang disandangnya sehingga 2008, sebelum tewas kepada calon Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Dari segi pembangunan bidang pendidikan, Samy Vellu adalah penggerak kepada penubuhan Maju Institute of Educational Development (MIED) dan berperanan penting dalam penubuhan Kolej Tafe Seremban serta Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST).

Mendiang berkahwin dengan Toh Puan R Indrani dan mempunyai dua anak, S Mangayarkarasi dan Datuk Seri S Vell Paari.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori