• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Minta Penjelasan Anwar Isu Peguam Negara

oleh Haris
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Jelasnya, buat masa ini, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pertemuan tersebut yang dilaporkan berlangsung pada malam semalam hingga awal pagi tadi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, saya akan dapatkan penjelasan lanjut dan maklumat terkini daripada beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar pada pukul 3 petang ini dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu,” jelasnya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Azmin bagaimanapun tidak mengulas lebih terperinci mengenai pertemuan yang telah dijadualkan bersama Ketua Umum PKR itu.

Pihak media malam semalam melaporkan bahawa Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi membincangkan isu pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong dilaporkan tidak memperkenan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hanya mencalonkan satu nama sahaja untuk dilantik memegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan dari istana pagi tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan bahawa Sultan Muhammad V telah memperkenan pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

Terdahulu, Azmin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan dan juga menyelesaikan masalah pentadbiran negeri di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Mohamed Azmin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd