• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silap Letak Nama, Remy Ishak Kena ‘Serang’ Peminat

oleh
05/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Remy Ishak ‘diserang’ peminat selepas memuat naik sebuah entri di Instagram yang menyaksikan dia tersilap meletakkan nama pada kapsyen sebuah gambar.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berbadan sasa itu yang bergambar bersama aktres, Farah Nabila namun didapati tersilap meletakkan nama penyanyi, Nabila Razali yang juga merupakan pelantun lagu berjudul Pematah Hati.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian daripada netizen yang cukup terhibur dengan tindakan Remy itu dan ia dianggap lucu kerana aktor berkenaan tidak mengenali artis dalam foto tersebut.

Malah memetik mStar Online, Remy dikatakan membetulkan kapsyen tersebut selepas menerima kira-kira 600 komen daripada netizen.

Pada masa sama, Remy juga sempat memohon maaf kepada kedua-dua selebriti berkenaan selain turut memberitahu dia terlalu mengantuk sehingga tidak fokus ketika mengenal pasti pelakon tersebut.

“Nabila Razali, Farah Nabila, saya kurang tidur hari ini. Maafkan saya,” ujarnya menerusi ruangan komen entri tersebut.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 40,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Farah Nabilahnabila razaliRemy Ishak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remy Ishak Mengaku Alami Depresi, Sedang Berubat

18/10/2019
0

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau enggan keluar dari rumah. Pelakon utama filem Sangkar itu...

Remy Ishak Dedah Sudah Putus Tunang

20/03/2019
0

PELAKON Remy Ishak mendedahkan dia dan tunangnya, Ezza Yusof sudah memutuskan tali pertunangan sejak sebulan lalu. Tidak mahu terlalu memperincikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd