• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rais Yatim Sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Simbolik penyertaan beliau ke parti berkenaan dibuat dalam satu majlis Iftar PPBM apabila Pengerusi PPBM merangkap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan kad keahlian PPBM kepadanya.

Penyerahan kad kepada bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu dibuat sejurus Dr. Mahathir selesai menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merangkap Menteri Besar Kedah; Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Rais sebelum ini menyatakan beliau sedia menerima apa jua keputusan UMNO walaupun perlu berhadapan pemecatan sekiranya isu berkaitan disiplin dan melanggar etika dapat dibuktikan.

Ia ekoran kelantangan beliau mengkritik kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd