• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mahu Jadi Krisis Perlembagaan – Muhyiddin

oleh AK-47
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN tidak mahu isu pelantikan Peguam Negara (AG) yang baharu, Tommy Thomas menjadi ‘krisis perlembagaan’ antara Pakatan Harapan (PH) dengan Raja-Raja Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan kedua-dua pihak.

“Saya dimaklumkan ada mesyuarat Majlis Raja-Raja dan itu mungkin boleh membantu dari segi menyelesaikan kelewatan perkara apa yang hendak diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Bagi pihak jemaah menteri kami memberi sokongan yang padu kepada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad),” katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan rasmi dan sesi taklimat di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Muhyiddin mengulas isu pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini diarah bercuti.

Bagaimanapun Istana Negara dilaporkan menolak cadangan itu.

Beberapa portal berita turut menyebut Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menolak calon yang dicadangkan kerajaan pusat itu kerana bukan Melayu dan tidak beragama Islam.

Muhyiddin berkata, penyelesaian isu AG baharu adalah salah satu langkah yang amat penting untuk menentukan proses penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain dapat dilaksanakan.

“Kita tahu di depan kita ada pelbagai isu dan masalah besar, jadi kalau itu (isu AG) dapat diatasi dengan sebaik-baiknya bersandarkan kepada pertimbangan yang bijaksana mengikut peruntukan yang ada dalam perlembagaan negara, maka saya tak fikir ia akan jadi satu isu yang berlarutan.

“Saya tak mahu menjangkakan ia (isu pelantikan AG baharu) menjadi satu krisis (perlembagaan) yang berlarutan,” katanya. – myMetro Online

Tags: pakatan harapanPeguam Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd