• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 4 Sekeluarga Maut Dibawa Pulang Ke Kemaman

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dibawa pulang ke Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, Kemaman, pada pukul 7.30 malam, sebentar tadi.

Jenazah kesemua mangsa dibawa ke kampung halaman mereka dengan menaiki empat van jenazah dengan diiringi oleh anggota keluarga.

Terdahulu mayat keempat-empat beranak Azian Abdullah, 50; Fatin Najwa Mazlan, 27; Fatin Nur Adriana, 15; dan Mohamad Danish Najmi, 10, menjalani proses bedah siasat lebih tujuh jam di Unit Forensik, Hospital Jengka, di sini.

Jenazah kemudian dimandi dan dikapankan sebelum disembahyangkan di perkarangan Unit Forensik Hospital Jengka dengan diimamkan oleh bekas jiran mereka Shamsudin Sidek dan disertai oleh kira-kira 15 anggota keluarga dan rakan kenalan yang berada di situ.

Kesemua jenazah dijangka akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru dalam satu liang lahad.

Dalam kemalangan berhampiran susur keluar Maran pada 8.30 pagi tadi, empat beranak berkenaan maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya berkenaan.

Dua daripada anggota keluarga berkenaan iaitu Mohd Shahrul Ikhram, 20, dan Fatin Nur Athirah, 19, turut mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOA Kenal Pasti Projek Bermasalah, Tertangguh

Next Post

Konvoi World #QuranHour Tiba Di Shah Alam

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

16/06/2025
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga maut akibat kemalangan kereta dan lori di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama...

Next Post

Konvoi World #QuranHour Tiba Di Shah Alam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd