• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ponteng Kerana Ketagih Main Video Kafe Siber

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permainan Video Berperanan Berganda Dalam Talian atau lebih dikenali sebagai ‘MMORPG’ (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) semakin menjadi kegilaan remaja hingga mereka sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk melayarinya di kafe siber.

MMORPG merupakan sebuah genre dalam permainan video komputer yang membolehkan sekumpulan pemain berinteraksi antara satu sama lain dalam dunia maya dan mereka boleh mengawal watak dalam permainan serta menentukan tindakan yang dilakukan oleh watak berkenaan.

Kewujudan kafe siber yang menawarkan pakej serendah RM4 hingga RM5 bagi tempoh lima jam memburukkan lagi keadaan, apabila remaja cenderung menjadikan premis itu sebagai ‘sarang’ untuk mereka ponteng sekolah.

Walaupun hampir semua kafe siber meletakkan notis pelajar berpakaian sekolah tidak dibenarkan masuk ke premis, namun terdapat pelajar sekolah yang masih menjadikannya sebagai tempat untuk melepaskan ‘gian’ mereka.

Tinjauan Bernama di beberapa premis kafe siber sekitar Wangsa Maju mendapati terdapat kelibat kumpulan pelajar sekolah mengenakan T-shirt tetapi masih memakai seluar dan kasut sekolah, yang sedang ghairah dan riuh-rendah bermain permainan video itu tatkala rakan sebaya sedang mengikuti pelajaran di sekolah.

Seorang pelajar tingkatan tiga yang hanya ingin dikenali sebagai Wan, 15, berkata dia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam setiap minggu di kafe siber bersama empat rakan sekolah.

“Saya mula mengenali permainan MMORPG daripada rakan dua tahun lepas dan amat menyeronokkan apabila dapat bermain secara beramai-ramai. Kadang- kadang saya dan rakan-rakan ponteng sekolah tapi bukan selalu. Hanya satu atau dua kali seminggu, pada hari Isnin atau Jumaat sahaja,” katanya kepada Bernama.

Wan berkata dia hanya menggunakan separuh belanja sekolah antara RM3 hingga RM5 untuk permain permainan video bersama rakan-rakan kerana bimbang perkara itu akan diketahui oleh ibu bapanya.

“Setakat hari ini masih belum ‘kantoi’ lagi bang,” katanya dengan senyuman sambil menghembus asap rokok apabila ditanya penulis di luar premis sebuah kafe siber.

Beliau berkata antara permainan video MMORPG yang menjadi kegemarannya ialah ‘Dota 2’, ‘World of Warcraft’, ‘Clash of clans’, ‘Elder Scrolls Online’.

Presiden Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata masalah ponteng sekolah kerana berada di kafe siber bukan masalah baharu sebaliknya telah lama berlaku disebabkan pelajar terutama lelaki yang tidak mempunyai minat untuk belajar.

“Bagi mengatasi perkara itu adalah tidak cukup sekadar menghukum pelajar terbabit sebaliknya usaha menanam minat belajar dengan menukar corak pembelajaran adalah kaedah terbaik.

“Pihak berwajib perlu fikirkan kaedah terbaik untuk menarik minat golongan pelajar ini untuk belajar. Contohnya memperkenalkan mata pelajaran Teknikal dan Vokasional kepada pelajar terbabit kerana mereka tidak berminat dengan mata pelajaran bersifat akademik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar ponteng adalah langkah yang baik. – BERNAMA

Tags: pelajarPermainan Video
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd