• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Malaysia Dalang Pembunuhan Nafi Terlibat

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – “Saya tidak terlibat.”

Itu reaksi segera lelaki yang didakwa dalang kes pembunuhan kejam di Taman Pelangi, Johor Bahru apabila pasukan polis Thailand mengepungnya Rabu lepas di wilayah Chaiyaphum, kira-kira 260km di timur laut Thailand.

Penahanan lelaki warga Malaysia berumur 36 tahun itu bersama-sama isterinya di sebuah rumah di dalam kawasan sebuah kuil di wilayah itu telah menamatkan pemburuan polis Malaysia dan Thailand sejak Disember lepas untuk menahan seorang daripada lelaki paling dikehendaki di Malaysia.

Baca: Dalang Pembunuhan Ngeri Ditahan Di Thailand

“Semasa polis mahu memberkasnya, dia (lelaki didakwa dalang itu) menyatakan tidak bersalah dan cuba untuk mengelak daripada ditahan,” katanya sumber yang mempunyai pengetahuan tentang operasi untuk menahan warga Malaysia dikehendaki itu kepada Bernama, di sini.

Katanya suspek kelahiran Johor itu dikesan mempunyai tatu besar ‘Jesus Christ’ di lengan kanannya dan fasih bertutur dalam bahasa Thai mendakwa dia berada di tempat lain dan tidak berada berdekatan tempat kejadian bunuh itu pada malam 17 Disember tahun lepas semasa jenayah itu berlaku.

Lelaki itu juga mendakwa memiliki beberapa dokumen relevan sebagai alibi, kata sumber itu yang enggan dikenali kerana beliau tidak dibenarkan memberi kenyataan kepada media.

Disebalik cubaan suspek untuk mengelak daripada ditahan, polis tidak yakin dengan pengakuannya dan segera memberkas lelaki yang dikehendaki polis Malaysia itu bersama-sama isterinya, kata sumber itu.

Dalam kes pembunuhan pada 17 Disember, lelaki dikenali sebagai “Ah Chiu” yang dipercayai anggota kongsi gelap ditikam dan dilanggar oleh sebuah BMW putih di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Kejadian pembunuhan itu dirakam kamera dan menjadi tular di media sosial.

Sejak kes pembunuhan itu, Polis Diraja Malaysia telah menahan beberapa individu untuk disoal siasat dan pada Januari tahun ini telah mendakwa dua suspek di mahkamah berhubung kes itu.

Sejak melarikan diri ke Thailand sekitar Disember tahun lepas, lelaki Malaysia yang dikehendaki itu, menurut sumber, telah berubah dengan menjalani kehidupan beragama dan menjadi sami Buddha di sebuah kuil di wilayah Petchabun.

Sumber itu bagaimanapun mendakwa perubahannya untuk mengabdikan diri kepada agama Buddha itu mungkin untuk berselindung dan menyembunyikan masa lampaunya.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Bernama, suspek turut menegaskan yang dia tidak bersalah dengan menyatakan dia tidak mempunyai sebab untuk menyerang mangsa.

“Dia (lelaki didakwa dalang) mendakwa lelaki itu berhutang dengannya kira-kira RM140,000, jadi tiada sebab untuk dia mahukan lelaki itu mati,” katanya.

Suspek warga Malaysia itu dan isterinya sedang menunggu untuk diekstradisi ke Malaysia.

Walaupun dalang itu telah diberkas, Bernama difahamkan polis Thailand meneruskan usaha untuk mengesan seorang lagi suspek warga Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan di Taman Pelangi itu.

Lelaki itu yang berkahwin dengan wanita Thailand dipercayai melarikan diri ke Thailand untuk mengelak ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd