• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: KPDNKK Kedah Pantau 9,000 Barangan

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebanyak 9,000 barangan yang dijual di 300 premis perniagaan di seluruh negeri, telah diperiksa oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar bermula 1 Jun lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Negeri, Chin Ching Chung berkata, sepanjang tempoh tiga hari itu juga, KPDNKK turut menerima dua aduan berkaitan GST serta tiga pertanyaan mengenai barangan yang terlibat dengan GST.

“Hanya dua aduan berkaitan GST yang diterima setakat ini, namun ia merupakan salah faham kerana pelanggan membuat belian sebelum sempat sistem baharu dikemaskini di premis terbabit dan peniaga terbabit telah membuat bayaran balik kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah di Pasar Raya Besar Mydin Taman Batik dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, Datuk Johari Alifiah; Ketua Cawangan KPDNKK Sungai Petani, Mazlan Safar; dan Ketua JKDM Sungai Petani, Mohd Sukri Jusoh.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna agar memeriksa terlebih dahulu status barangan yang terlibat dengan pelaksanaan GST enam peratus sebelum ini, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

“Selain itu, pengguna juga digalakkan meminta resit selepas membuat pembelian agar mereka dapat ketahui sama ada peniaga itu daftar GST atau tidak sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTKPDNKK Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd