• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siaran Piala Dunia: Kerajaan Dapat Tajaan Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
03/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Persekutuan telah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai RM30 juta bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan persekutuan tidak akan membelanjakan satu sen pun untuk siaran langsung Piala Dunia 2018.

“Kita telahpun memperolehi tajaan daripada syarikat-syarikat swasta sebanyak RM30 juta dan mereka akan dapat pulangannya dengan iklan iaitu iklan-iklan syarikat tersebut akan disiarkan semasa siaran langsung Piala Dunia diadakan.

“Selain itu setiap penonton juga akan dapat menjimatkan bayaran sekurang-kurangnya RM100. Ini kerana kalau kita hendak lihat permainan ini mesti bayar lebihan RM100 dan sekurang-kurangnya mereka boleh jimat dengan bayaran itu,” katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Lim berkata pihaknya turut menerima kritikan apabila hasrat kerajaan untuk menyiarkan siaran eksklusif Piala Dunia 2018 itu yang membabitkan nilai RM30 juta sedangkan kerajaan turut melancarkan kutipan derma menerusi Tabung Harapan Malaysia.

“Kita ada juga terima kritikan mengapa kita mengenakan wang untuk siaran ini tetapi pada masa yang sama kita pula adakan Tabung Harapan. Ini yang kita telah jelaskan tapi mungkin tidak disiarkan dengan lebih jelas bahawa sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang 30 juta ringgit daripada iklan-iklan dari tajaan syarikat -syarikat swasta,” katanya.

RTM dijadual menyiarkan 27 perlawanan secara langsung dan 14 perlawanan menerusi siaran tertunda sepanjang kejohanan bola sepak selama sebulan itu. – BERNAMA

Tags: Piala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pussy Riot’ Ganggu Final Piala Dunia

16/07/2018
0

MOSCOW - Perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia sedikit terganggu apabila empat individu termasuk dua wanita memasuki padang...

Putin Raikan Kejayaan Politik Piala Dunia 2018

17/07/2018
0

RUSIA memberikan persembahan yang boleh dibanggakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di negara sendiri, melepasi jangkaan hampir semua pihak tentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd