• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Di Miri Diberi Amaran Masih Kenakan GST

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengesan sebuah premis perniagaan di sini yang masih mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan walaupun kerajaan menetapkan kadar sifar cukai tersebut mulai Jumaat lepas.

Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Joe Azmi Azmil berkata, premis perniagaan itu adalah sebuah restoran yang beroperasi di Luak dan telah diberi amaran untuk menukar sistem jualan mereka kepada sifar GST.

“Pemilik premis itu diberi tempoh selama tiga hari untuk menukar kepada sifar GST, alasan diberi kerana masa terlalu singkat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Joe berkata, setakat semalam 26 premis perniagaan telah diperiksa untuk memastikan patuh sifar GST dan mendapati hanya satu iaitu restoran terbabit yang gagal mematuhi peraturan itu.

“KPDNKK telah membuka bilik gerakan di seluruh negeri, untuk bilikan gerakan di Kuching dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 10 malam manakala bilik gerakan di cawangan dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang, pengguna di Miri boleh menghubungi pejabat KPDNKK Miri di 085-412862 supaya siasatan dapat dilakukan segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd