• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan “Fail Merah” Sedang Dijalankan – Guan Eng

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Proses siasatan berkenaan rahsia “fail merah” yang didakwa mengandungi perkara berkenaan penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata proses siasatan itu dipertanggungjawabkan kepada syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik untuk memastikan siasatan lebih komprehensif.

“Syarikat perakaunan akan membuat siasatan sedaya upaya dan tiada had masa tetapi saya yakin akan dijalankan (diselesaikan) secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian persefahaman antara agensi Perbadanan Pemuliharaan dan Pembangunan George Town dengan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Lim berhubung “fail merah” berkenaan yang sebelum ini didakwa cuba disorok oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam wawancara dengan akhbar itu, Lim dilapor berkata sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti.

Dalam perkembangan lain, Lim memuji langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Jumlah kutipan THM dikemas kini setiap hari pada 3 petang di laman web Kementerian Kewangan. – BERNAMA

Tags: 1MDBLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd