• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuci Kereta Untuk Tabung Harapan Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komited untuk membantu negara, sekumpulan remaja dan kanak-kanak mengambil inisiatif mencuci kenderaan bagi mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia (THM).

Tejas Shree Udahyah Kumar, 11, bersama-sama 20 lagi rakannya yang berumur antara enam hingga 17 tahun mencuci kereta di kawasan perumahan mereka di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini.

“Saya sangat teruja dan bangun seawal 7 pagi untuk cuci kereta… saya dan rakan-rakan nak bantu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Seorang penduduk, Padma Nadarajah, 60, berkata beliau tidak menyangka cetusan ideanya itu mendapat reaksi positif penduduk setempat.

“Selepas kerajaan tubuhkan tabung berkenaan, saya terpanggil dan berfikir apa yang boleh dilakukan untuk bantu negara. Saya kongsikan idea ini dengan jiran-jiran dan mereka amat menyokong idea itu dan hingga ada yang sudi menaja kelengkapan mencuci,” katanya.

Padma berkata kesemua hasil daripada aktiviti amal itu akan disalurkan kepada tabung berkenaan.

Sementara itu, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang turut hadir di kawasan itu berkata beliau terharu dengan semangat dan usaha rakyat untuk membantu negara.

“Usaha ini dibuat secara sukarela dan membuktikan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat semakin menebal,” katanya.

Sejak dilancarkan Rabu lepas, THM berjaya mengumpul sebanyak RM18.6 juta setakat 3 petang semalam.

THM dilancarkan perdana menteri selepas ramai pihak menyuarakan hasrat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakTabung Harapan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd