• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Fokus Pada Dasar Pandang Ke Timur

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu fokus pada Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkannya pada 1980-an apabila berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Jepun pada 11 dan 12 Jun ini.

Mengesahkan kepada pemberita di sini bahawa beliau akan ke Jepun bagi menghadiri persidangan tahunan anjuran Nikkei-Shimbun itu, beliau berharap lawatan itu juga akan memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun.

“Saya pergi ke Jepun setiap tahun untuk (menghadiri forum dan) berbincang tentang masa depan Asia. (Tahun ini) saya mahu cakap lebih sedikit tentang Dasar Pandang Ke Timur,” katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan anggota Pakatan Harapan Langkawi di sini.

Lawatan ke Jepun itu yang dijadualkan minggu depan merupakan lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke luar negara sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh Malaysia.

Sementara itu, perdana menteri berkata kerajaan masih belum sampai ke tahap untuk membincangkan sebarang perjanjian khususnya membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi melunaskan hutang 1MDB.

“Kami belum sampai ke tahap itu lagi. Kami masih mengkaji implikasi perjanjian pinjaman dan terma pinjaman,” katanya. – BERNAMA

Tags: jepunTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd