• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancar Kempen Kurangkan Guna Beg Plastik

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan ‘Kempen Kurangkan Beg Plastik’ sempena Ramadan di Bazar Ramadan Simpang Empat di sini, petang semalam.

Program anjuran bersama SWCorp Perlis dan Environment Idaman (E-Idaman) itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dalam titahnya Tuanku Syed Faizuddin berkata pembuangan beg plastik boleh menjejaskan ekosistem dan kehidupan sama ada di darat, laut atau sungai.

“Pelupusan beg plastik dengan cara tidak betul pula boleh mengakibatkan pencemaran toksik kerana ia mengambil masa lama untuk terurai dan seharusnya penggunaan dikurangkan dari semasa ke semasa,” titah baginda.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Perlis Mohd Hidy Md Dzahir berkata beg plastic yang diperbuat daripada sumber tidak boleh diperbaharui memberi kesan pada perubahan iklim dunia.

“Oleh sebab itu kita melancarkan program ini untuk menerapkan konsep 3R iaitu ‘Reduce, Reuse dan Recycle’, bagi menggalakkan masyarakat menggunakan beg yang boleh diguna semula atau bakul semasa membeli juadah di Bazar Ramadan.

Pada majlis itu, SWCorp turut mempromosi Kempen Hargai Makanan dan Penggunaan Mangkuk Tingkat bagi mengajak masyarakat membeli juadah berbuka mengikut keperluan mereka, yang menjadi asas kepada pemikiran kelas pertama dan mengelak pembaziran.

Tuanku Syed Faizuddin bersama penganjur program kemudiannya mengedar bubur lambuk kepada pengujung bazar tersebut.

Program yang disekalikan dengan kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-41 2018 itu bermula dan berakhir di Masjid Simpang Empat.

Di masjid itu, baginda berkenan menyampaikan zakat MAIPs RM600 setiap seorang kepada 120 asnaf terpilih dalam kariah Simpang Empat, Sungai Baru dan Sungai Bugis. – BERNAMA

Tags: beg plastikRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

25/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd