• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mazidul Akmal Makin Pulih Dari Serangan Angin Ahmar

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH jatuh sakit diserang angin ahmar sekitar Jun lalu, keadaan kesihatan wartawan terkenal yang juga blogger, Mazidul Akmal Sidek dilaporkan semakin pulih.

Perkhabaran tersebut disahkan akaun Facebook Penyingkap Fakta yang dikendalikan kenalan rapat Mazidul yang turut memuatnaik foto terkini wartawan TV3 itu.

[BERKAITAN: Mazidul Akmal Koma Sementara Akibat Serangan Angin Ahmar]

Foto diambil sewaktu Mazidul menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya di Petaling Jaya, baru-baru ini meskipun dalam keadaan berkerusi roda.

1513789_1020343617992504_5361033450368385546_n

Menurut isterinya, Fazlin, dia tidak pernah berputus asa membantu memulihkan semula kesihatan suaminya dan yakin Mazidul mampu sihat seperti sediakala.

Ujar Fazlin, Mazidul kini dalam kondisi baik dan semakin aktif jika dibandingkan beberapa bulan lalu. Bukan itu sahaja, Mazidul juga sudah mampu berjalan menggunakan sokongan tongkat.

“Jika sebelum ini dia baring atas katil tapi Alhamdulillah berkat doa dan usaha semua, kini keadaannya jauh lebih baik apabila sudah mampu menggerakkan anggota badan, bangun dan duduk. Bagaimanapun pergerakannya masih agak terbatas.

“Saya bersyukur melihat perkembangan kesihatannya dan amat yakin dia akan pulih dan kembali menjalani kehidupan normal tidak lama lagi,” ujar Fazlin. -MYNEWSHUB.CC

Sedutan Berita Oleh Mazidul Akmal Sidek Untuk Program Majalah 3

https://www.youtube.com/watch?v=kzF-ckDNPK4

Tags: sakittv3wartawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd