WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan hari ini bahawa sidang kemuncaknya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan diteruskan seperti yang dirancang pada 12 Jun di Singapura.
Ia disahkan pihak Washington selepas perbincangan terdahulu di Pejabat Oval di sini dengan utusan tertinggi dari rejim Pyongyang.
Mengakui berurusan dengan Korea Utara ‘akan menjadi satu proses rumit, Trump berkata beliau percaya proses itu akan berjaya akhirnya.
Trump berkata surat dari Jong-un, yang disampaikan sendiri oleh Kim Yong Chol, adalah ‘sangat baik’ dan ‘sangat menarik,’ tanpa mendedahkan kandungannya. – AFP/BH ONLINE
