• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bot Disyaki Klon, Guna Nombor Pendaftaran Palsu

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan Vietnam kelas C2 yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan kerana melakukan pelbagai kesalahan di Perairan Kemaman pada 7 hingga 8.40 pagi, Khamis (31 Mei).

Ketua Zon Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata ketika tangkapan dilakukan, kedua-dua bot terbabit sedang menarik pukat di kawasan perairan Pahang.

“Kedua-dua bot itu yang menggunakan nombor pendaftaran PAF 4385 dan KARANG 3 ditahan pada jarak yang berbeza iaitu pada jarak 94 batu nautika dan 95 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot nombor pendaftaran PAF 4385 tidak sama dengan nombor pendaftaran pada lessen dan disyaki bot klon manakala bot KARANG 3 pula didapati menggunakan lesen bot yang tamat tempoh,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Maritim Kemaman di sini, semalam.

Mohamad Rezal berkata hasil siasatan mendapati 19 awak-awak termasuk tekong berumur 18 hingga 48 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan permit menggunakan kru warga asing.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua bot nelayan tersebut menjumpai hasil laut anggaran kira-kira dua tan ikan campur, tiga tan ikan baja dan 20,000 liter minyak diesel yang dianggarkan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta.

Katanya kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, melibatkan nombor pendaftaran bot tidak sama dengan nombor pendaftaran pada lesen bot, Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan permit menggunakan kru warga asing serta Akta Perkapalan dan Saudagar (MSO) 1952 kerana menggunakan lesen yang tamat tempoh. – BERNAMA

Tags: botklon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Berjaya Klon Serigala Artik Pertama Dunia

China Berjaya Klon Serigala Artik Pertama Dunia

21/09/2022
0

BEIJING : Sebuah firma gen berpangkalan di Beijing baru-baru ini mengumumkan kejayaan sulung mengklonkan serigala artik liar pertama di dunia....

Lelaki Klon Anjing Miliknya Setelah Jadi Bintang Filem

21/01/2019
0

TUAH anjing jalanan yang diselamatkannya, seorang lelaki menjana pendapatan lumayan apabila haiwan itu menjadi bintang filem dan mula dikenali ramai....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd