• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Marketing, Sampai Sanggup Malukan Wanita

oleh
01/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARTABAT wanita sepatutnya diangkat serta dijaga tidak kira oleh orang lelaki atau wanita sendiri. Tapi apa pula jadi apabila ada sesetengah pihak menjadikan wanita seperti bahan eksperimen demi kepentingan sendiri?

Sekitar tahun lalu, sebuah syarikat kecantikan telah membuat beberapa video yang sebenarnya bertujuan untuk melariskan jualan produk mereka.

Tetapi sayangnya, cara itu bagaikan menjatuhkan maruah kaum wanita sehingga tanpa segan silu wanita itu sendiri bersifat terlampau terbuka dengan bertanyakan pendapat lelaki tentang potongan badannya sendiri.

Sebuah video menampilkan pelakon Zalfa Zin menunjukkan dia sedang menemubual seorang lelaki yang sedang menaiki motosikal serta bertanyakan pendapat tentang perkataan ‘barang baek’ bagi seorang wanita.

Namun apa yang mengganggu netizen dalam video berkenaan ialah penggunaan ayat yang tiada tapisan oleh pelakon itu sendiri walhal dirinya juga merupakan seorang wanita.

“Saya nak interview sikit boleh bang? Abang rasa apa itu ‘barang baek’? Senang cerita apa aset yang abang suka pada perempuan? Bont*t ke? Te**k ke?” kata Zalfa kepada seorang penunggang motosikal.

Bak kata orang, kucing mana yang akan tolak tulang… Lelaki tersebut pun dengan tanpa segan silu menjawab soalan yang diajukan walaupun tahu bahawa wajahnya dirakam oleh kamera.

“Biasa lah benda-benda macam tu lelaki mesti nak tengok. Lelaki nak tengok dada, bont*t yang pejal, dijaga,” balas lelaki itu dengan muka gatal.

Malah, pakaian yang dikenakan oleh Zalfa juga agak keterlaluan sebagai wanita beragama Islam kerana dia hanya memakai seluar pendek dan baju ketat bagi menampakkan aset yang terdapat di tubuh badannya.

Bagaimanapun, video rakaman bagi strategi pemasaran syarikat berkenaan turut dilihat sebagai satu cara yang keterlaluan kerana ia benar-benar memalukan golongan wanita.

Perkara sebegitu mungkin perlu dilihat semula kerana strategi pemasaran cara terlampau terbuka sebegitu juga tidak sepatutnya berlaku di negara ini, dengan cara menjatuhkan maruah seseorang.

Lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh wanita Islam dan tambahan pula Zalfa juga merupakan seorang pelakon yang dikenali ramai.

Terdapat banyak lagi produk lain yang menggunakan cara begitu demi melariskan jualan tanpa berfikir panjang tentang anggapan orang lain tentang produk mereka. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: iklan sampahNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkenan menyertai pertandingan bola sepak...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd