SEORANG buruh binaan berusia 17 tahun ditahan reman selama tujuh hari sejak semalam kerana disyaki merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah rumah panjang di Sarikei, Sarawak.
Polis berjaya menahannya di sebuah kedai kopi di Jalan Hua Khiew pada kira-kira pukul 6 petang Isnin lepas, menurut laporan Borneo Post Online hari ini.
Pada 1 Februari lepas, bapa mangsa yang berusia 34 tahun membuat laporan polis selepas melihat ada kesan lebam dan luka di bahagian kemaluan anak perempuannya.
MENARIK – Perogol Misteri Diburu Polis, Berahi Pada Wanita Tua
Mangsa juga mengadu terasa sakit di bahagian duburnya.
Sebelum itu, mangsa tinggal bersama ibunya dan bapa tirinya di kuaters sebuah kawasan pembinaan di Ulu Sungai Merah selama sebulan.
Pada 31 Januari lepas, dia dihantar semula kepada bapanya di Sarikei.
Hasil siasatan awal, suspek merupakan saudara kepada bapa tiri mangsa dan tinggal di dalam rumah yang sama.
– MYNEWSHUB.CC
Video Mangsa Kes Rogol Dan Bunuh Di Kota Marudu Pada Jun 2014
http://youtu.be/mXEltz7i77U

